Resepi dan cara membuat kek coklat

Resepi dan cara membuat kek coklat. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek coklat dan cara memasak kek coklat sehingga siap untuk dimakan. Anda boleh rujuk resepi dan cara membuat kek coklat disini. Hari ini saya nak kongsikan satu lagi cara membuat kek coklat yang sedap tetapi mudah untuk dibuat. Yang selama ni tak pandai buat kek pun, mesti jadi pandai buat kek. Resepi ini dijamin jadi kalau betul segala adunan bahan - bahannya. Mari kita cuba buat!! ^_^

Ok, nak masak kek coklat kena ada bahan-bahan. Jadi bahan-bahannya adalah seperti di bawah (20 - 26 cm):

1 cawan butter
1 dan 3/4 cawan gula halus
2 setengah tepung gandum
1 setengah cawan susu coklat ( pakai yg dutch lady punya )
1 setengah sudu teh esen vanilla
5 sudu besar serbuk koko
1 setengah sudu besar soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh garam

Bahan - bahan topping :

200 gm coklat masakan dicincang ( boleh pakai dark chocolate / white chocolate )
90 gm Whipping Cream
1 sudu besar butter

Cara - cara penyedian kek coklat :-

1. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas.
2. Dalam bekas lain, pukul butter dan gula hingga berkrim, gunakan mixer lebih mudah.
3. Masukkan telur satu per satu dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi , selang - selikan dengan susu coklat. Pukul sehingga rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang kek yang telah dialas dan di gris.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celsius dan bakar selama 45 - 55 minit. Guna api atas bawah.
7. Untuk mengetahui kek dah masak atau belum, anda boleh cucuk bahagian tengah kek dgn menggunakan lidi. Sekiranya tiada adunan yang melekat bermakna kek anda telah masak.
8. Sejukkan kek sebelum meletak topping.

Cara - cara penyedian topping :-

1. Masukkan kesemua bahan - bahan untuk topping . Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Pastikan anda sentiasa mengacau adunan supaya tidak berkerak di bahagian dasar periuk.
2. Tuang ke dalam mangkuk, masukkan ke dalam fridge, biarkan adunan mengeras sedikit.
3. Keluarkan adunan, dan kacau adunan menggunakan sudu hingga pekat.
4. Sapukan pada kek dan hias.

Dah siap sebiji kek. Korang semua mesti nak cuba kan? Simple je resepi kek coklat ni. Nanti hujung minggu cuba buat. Boleh makan dengan family. Selamat Mencuba!!! ^_^

cara membuat kek coklat
Kek coklat yang telah siap dihidang

 

Source and citation:
http://thomasedisonzzz.blogspot.com/2012/05/resepi-kek-coklat-mudah.html#


Anda mungkin menyukai:

Resepi dan cara membuat kek lapis masam manis
Resepi dan cara membuat kek lapis pelangi
Resepi dan cara membuat kek lapis sarawak
Resepi dan cara membuat kek pisang
Resepi dan cara membuat cup cake

Everyday chocolate cake 7

Preheat the oven to 325°F. Butter and lightly flour a 9x5x3-inch loaf pan, or spray it with a butter-flour spray. In a large bowl, on the medium speed of an electric mixer, cream the butter until smooth. Add the sugars and beat until fluffy, about 3 minutes. Add the egg and beat well, then the buttermilk and vanilla. Don’t worry if the batter looks a little uneven. Sift the flour, cocoa, baking soda, baking powder and salt together right into your wet ingredients. Stir together with a spoon until well-blended but do not overmix. Scrape down the batter in the bowl, making sure the ingredients are well blended.

Pour the batter into the prepared loaf pan. Bake for 60 to 70 minutes, or until a cake tester inserted into the center of the loaf comes out clean. Cool in pan on a rack for about 10 to 15 minutes, at which point you can cool it the rest of the way out of the pan. Serve with whipped cream and fresh berries, if you’re feeling fancy.

No comments:

Post a Comment